
Status pernikahan anak selebriti terkenal Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid dijangka bakal disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Menurut laporan Oh Bulan, peguam syarie mereka, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, memaklumkan bahawa keputusan pengesahan itu bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Hakim Syarie.
Kalau hakim berpuas hati dengan prosiding hari ini, Insya-Allah tengah hari semuanya dapat diselesaikan.
Peguam tampil bersuara

Menurut peguam tersebut, dalam sebutan lalu, hakim telah meminta peguam menyediakan hujah, yang memberi isyarat bahawa mahkamah hampir bersedia untuk membuat keputusan.
Kalau dokumen itu sahih, bukan palsu, hakim sudah boleh sahkan pernikahan mereka.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, mahkamah akan mengeluarkan perintah dan memfailkan pengesahan pernikahan pasangan tersebut.
Pilih berdiam diri

Menarik perhatian, Marissa dan Aslam tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 11.30 pagi namun memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang menanti.
Sebelum ini, pada 5 Mei lalu, pasangan ini telah hadir ke mahkamah yang sama namun prosiding ditangguh berikutan kesalahan teknikal dalam pengisian borang.
Pssttt! Urusan pernikahan bukan hanya soal cinta, tapi juga legaliti dan tanggungjawab. Pastikan segala dokumen dan prosedur lengkap agar hubungan yang dibina sah di sisi undang-undang dan agama.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


