Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

25 Jun 2024 • 9:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.

Peminat pasukan Selangor FC punya pandangan sendiri dan berasa denda RM100,000 bersama tiga lagi hukuman lain termasuk perlawanan akan datang menentang JDT tanpa penonton disifatkan keterlaluan.

Bukan hanya menerima kritikan dalam kalangan peminat bola sepak, berita denda berupa bayaran tersebut turut menarik perhatian banyak pihak dan individu yang mahu menghulur bantuan kepada Selangor FC melunaskan denda yang dikenakan.