Valve melancarkan Steam versi Beta untuk macOS hujung minggu lalu dengan ia akhirnya dijalankan secara natif ada komputer yang dilengkapi cip Apple M. Sokongan aplikasi natif diberikan tiga tahun selepas cip Apple Silicon pertama dilancarkan untuk Mac.

Selama ini aplikasi Steam untuk macOS masih lagi memerlukan ia dijalankan menggunakan Rosetta 2. Dengan sokongan aplikasi natif, prestasi aplikasi akan meningkat dan adalah ini adalah persediaan awal kerana macOS Tahoe 26 yang terakhir menyokong Mac dengan cip Intel.
Komputer Mac tidak terkenal sebagai pilihan untuk permainan video sokongan perisian yang terhad dan tidak dilengkapi GPU berkuasa tinggi berbanding PC. Tetapi sejak melancarkan Apple Silicon, Apple meningkatkan usaha menyokong lebih banyak permainan video kelas AAA bukan sahaja di macOS tetapi juga di iPad dan iOS.
