Stesen pengecas EV di Starbucks kini gunakan kadar pengiraan kWh

23 May 2023 • 10:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

ChargEV, pengendali stesen pengecas EV di Starbucks mengumumkan yang mereka telah berhijrah daripada model pengiraan bayaran berasaskan tempoh penggunaan kepada kaedah pengiraan berasaskan kWh. Ia selaras dengan seruan kerajaan yang mengarahkan penyedia perkhidmatan stesen pengecas EV untuk menggunakan kaedah pengecasan itu.

image is not available

Dengan penggunaan kaedah pengiraan baharu ini, kadar yang dikenakan kepada pengguna adalah RM1.20 untuk setiap kWh, kadar yang sama digunakan di stesen pengecasan di Ayer Keroh arah selatan dan pengecas EV Kempower di Berjaya Times Square.

image is not available

Kaedah RM1.20/minit sebelum ini yang menggunakan tempoh penggunaan dilihat membebankan kepada pengguna, terutamanya yang menggunakan EV dengan sistem pengecasan lebih perlahan. Contohnya, EV yang hanya mampu menerima maksimum 60kWh hanya perlu membayar kira-kira RM72 berbanding RM108 berdasarkan kaedah pengiraan sebelum ini.

Kami pernah kongsikan tentang perbezaan antara model pengiraan berasaskan tempoh dan juga berasas kWh dalam artikel terdahulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved