Steven minta siasatan menyeluruh kes sindiket pemerdagangan orang di Bukit Mertajam

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 5:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Steven minta siasatan menyeluruh kes sindiket pemerdagangan orang di Bukit Mertajam
Steven. Foto Bernama

GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kes pemerdagangan orang yang dibongkar di Berapit, Bukit Mertajam bagi memastikan semua individu terlibat termasuk dalang sindiket diambil tindakan dengan segera.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, kejayaan PDRM, khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Bukit Aman, membongkar serta membanteras sindiket tersebut membuktikan komitmen dan kecekapan pasukan penguat kuasa dalam menangani jenayah rentas sempadan.

"Saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada PDRM...pada masa sama, saya meminta PDRM dan Kementerian Dalam Negeri untuk terus mempertingkat usaha penguatkuasaan dan pemantauan bagi membanteras kegiatan pemerdagangan orang serta sindiket penipuan yang semakin kompleks,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, Pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam akan terus mengikuti perkembangan kes itu dengan rapat selain bekerjasama dengan agensi penguat kuasa termasuk PDRM dan Jabatan Imigresen bagi memastikan langkah pencegahan diperkukuh.

Jumaat lepas, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, pasukan keselamatan itu membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah premis di Berapit dengan menyelamatkan seorang wanita Cameroon yang dipercayai dikurung dan dieksploitasi.

Polis turut menahan seorang lelaki Taiwan yang dipercayai bertindak sebagai majikan dan pengendali kegiatan itu selain menahan 29 warga asing termasuk sembilan yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pengenalan diri sah. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved