Steven Sim sangkal dakwaan PH di ambang kejatuhan, tekad pertahan Pulau Pinang

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 9:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada di ambang kejatuhan selain DAP bakal kehilangan penguasaan di Pulau Pinang disifatkan sekadar retorik politik yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

Image from: Steven Sim sangkal dakwaan PH di ambang kejatuhan, tekad pertahan Pulau Pinang

Memetik laporan Utusan, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau tidak bercadang memberi perhatian berlebihan terhadap dakwaan berkenaan. Sebaliknya, fokus utama ketika ini adalah memperkukuhkan usaha mempertahankan Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

“Ya, mereka (pembangkang) sedang menang ketika ini. Jadi, jawapan saya terhadap dakwaan itu ialah, biarkan mereka kekal dengan ‘keangkuhan’ mereka.
“Tetapi, kita, DAP Pulau Pinang dan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang akan terus bekerja keras untuk menjaga dan mempertahankan negeri ini serta semua kerusi-kerusi DAP yang kita miliki. Itu jawapan saya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam ‘Tanjong@40 – Kekal Teguh Pada Perjuangan’ di Penang Chinese Town Hall, di sini, malam tadi.

Image from: Steven Sim sangkal dakwaan PH di ambang kejatuhan, tekad pertahan Pulau Pinang

Semalam, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook mendakwa kerajaan PH kini sudah “berada di hujung tanduk” dan hanya menunggu masa untuk tumbang.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, sekiranya formula kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluaskan ke Pilihan Raya Umum (PRU), gabungan itu berpotensi menawan semua negeri di Semenanjung termasuk Pulau Pinang.

Artikel lain:  ‘Jika formula BN-PN ke PRU, seluruh negeri Semenanjung akan berjaya ditawan’ – Fadhli

Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow menggesa seluruh ahli DAP terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan parti di peringkat pusat dan negeri ketika proses menilai semula strategi politik susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sedang dijalankan.

Menurut beliau, sokongan berterusan daripada ahli amat penting bagi memastikan DAP dan PH terus kekal mentadbir di peringkat negeri serta Persekutuan.

Sumber: Utusan (Mohd Iswan Shafiq Mat Isa)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved