‘Stop la assume I ni anak orang kaya’ – Influencer sangkal dakwaan amal gaya hidup mewah

24 Dec 2023 • 5:06 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan tular video gaya hidup mewah di platform X sehingga dikecam ramai, pempengaruh Nadzirah Ridzuan tampil menyangkal semua dakwaan tidak berasas itu.

Menurut pelajar UiTM berkenaan, dia bukanlah anak orang kaya dan memiliki kereta mewah. Sebaliknya dia hanya menghadiri acara dan melakukan aktiviti yang digemarinya untuk menjauhkan diri daripada tekanan hidup sebagai seorang pelajar.

Beliau juga menambahkan, segala perbelanjaannya adalah menggunakan hasil pendapatannya sendiri.

“I didn’t own any cars, I just attend the events and do things yang I suka, to escape from student life which is stressful.

“I pergi shopping dengan my friends and celebrate birthday pun guna duit hasil titik peluh sendiri. Stop la assume I ni anak orang kaya.

“My fault sebab mention UiTM. I just nak share the experience I had and do what I love. But people view it in a wrong way,” katanya.

Dalam pada itu, Nadzirah menegaskan beliau telah berusaha sendiri sejak berumur 18 tahun untuk mencapai apa yang diinginkan dan mahu memastikan kehidupan yang baik selepas menamatkan pengajian.

“I ni student je and I do business, collabs since I 18 lagi. I pun struggle nak dapat apa yang I nak and secure a good life after habis degree. Lagi few months je nak habis degree. Stop la assuming things while I just nak share benda yang buat I happy je,” jelasnya.

Usaha sendiri, bukan guna duit mak ayah

Selain itu, Nadzirah juga pernah membantu rakan-rakannya untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan berbincang tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan kerana beliau faham akan kesukaran untuk mencapai sesuatu di awal permulaan.

“Stop la assume I pakai duit ibu ayah la, itu la, ini la. I usaha sendiri nak beli apa yang I nak. I bayar my own needs etc, my ups and downs in business, collabs, investments dari dulu until sekarang.

“Kawan-kawan yang selalu join live I je tahu, that’s why diorang tak pernah assume I anything. Why not you ask me first before assuming things?

“I sendiri tak pernah cakap yang I own the cars or bawa pergi class. Now you fitnah I macam-macam pulak haih. Daripada fitnah I ni, doa yang baik-baik la. Moga kita semua dimurahkan rezeki,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna X memuat naik video milik Nadzirah yang didakwa mengamalkan gaya hidup mewah, sedangkan dia seorang pelajar UiTM yang merupakan institut pengajian tinggi untuk golongan yang tidak berkemampuan.