Seorang pelajar UiTM yang juga pempengaruh, Nadzirah Ridzuan, telah menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini ekoran tular video yang menunjukkan dirinya menggunakan kereta Lamborghini serta mengunjungi tempat-tempat mewah.
Video tersebut telah menarik banyak perhatian ramai kerana gaya hidup pelajar berkenaan tidak seiring dengan UiTM yang dikenali sebagai universiti untuk golongan kurang berkemampuan.
Banyak pertanyaan telah diajukan mengenai gaya hidup mewah Nadzirah yang mampu menaiki kereta mewah dan berbelanja di tempat mahal. Akibatnya pelajar UiTM sepenuh masa itu dikecam netizen, terutamanya di platform X, di mana video tersebut telah dikongsi semula.
Guna Lambo tapi masuk UiTM pic.twitter.com/G2jgHuwIm5
Menyedari kecaman itu semua, Nadzirah tampil memberi penjelasan melalui siaran langsung di aplikasi TikToknya yang mempunyai hampir dua ribu pengikut
Menurt Nadzirah, video tersebut adalah hasil kolaborasi dengan beberapa jenama. Malah kereta yang digunakannya itu juga bukan miliknya.
“Saya buat kolaborasi, semua yang saya buat adalah benda yang saya nak promosi.
“Apa yang saya makan, tempat hotel mana yang saya pergi, barang berjenama apa yang saya beli, semua itu saya jual.
“Ya, saya memang pelajar sepenuh masa universiti tersebut. Kereta mewah itu kolaborasi untuk promosi syarikat tersebut. Kemudian makanan pun saya ditaja, cumanya saya satukan semuanya menjadi video gaya hidup,” katanya.
explanation dia itu cuma ‘lifestyle content’ for her collabs pic.twitter.com/cseVvIWxvo
Sumber: X
The post ‘Guna Lamborghini, tapi masuk UiTM’ – Tayang gaya hidup mewah, influencer yang juga pelajar UiTM dikecam appeared first on The Reporter.




