'Stop semua... selesai secara adil' - Bapa tidak mahu Zara Qairina dituduh nakal

7 Sep 2026 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Stop semua... selesai secara adil' - Bapa tidak mahu Zara Qairina dituduh nakal
Mahathir meluahkan perkara tersebut selepas selesai memberi keterangan dan menjawab pertanyaan peguam pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Isnin.

KOTA KINABALU - Seorang bapa berharap prosiding inkues kematian anaknya, Zara Qairina menjadi titik noktah kepada segala andaian dan tuduhan yang dikaitkan dengan kematian remaja itu.

Mahathir Mohd Hashim, 45, yang merupakan saksi ke-80 berkata, beliau hanya mahu kes berkenaan diselesaikan secara adil dan tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Beliau meluahkan perkara itu ketika ditanya Koroner Amir Shah Amir Hassan sama ada ada sesuatu yang ingin disampaikan sebagai bapa kandung Zara Qairina selepas selesai memberi keterangan dan menjawab pertanyaan daripada peguam pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Zara Qairina diberitahu anak kritikal, koma selamanya jika hidup

"Saya mahu nama Zara, stop (dihentikan) semua.... semua masalah inkues ini, kes ini selesai secara adil. Bukan niat saya datang sini untuk persalahkan orang, siapa benar atau salah.

"Saya cuma tidak mahu anak saya disebut, dituduh nakal. Kalau boleh, itulah titik noktah," katanya sambil menyeka air mata di sebalik cermin mata.

Koroner kemudian meminta Mahathir menjelaskan maksud beliau mahu perkara itu dihentikan.

"Saya tidak mahu masalah ini makin rumit dan besar, bukan saling tuduh-menuduh," katanya.

Mahathir turut mengakui keterangannya dalam prosiding inkues itu diberikan atas dasar tanggungjawab dan kasih sayangnya sebagai seorang bapa.

Sebelum itu, beliau dilihat beberapa kali menyeka air mata ketika menyampaikan luahannya pada penghujung keterangannya dalam prosiding berkenaan.

Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai 2025.

Pelajar itu kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved