Kakak tiri Zara Qairina tak jadi beri keterangan esok, inkues bersambung Rabu

7 Sep 2026 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kakak tiri Zara Qairina tak jadi beri keterangan esok, inkues bersambung Rabu
Zara Qairina

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan disambung semula pada Rabu, selepas selesai mendengar keterangan bapa remaja itu pada Isnin.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Koroner, di sini dihentikan pada tengah hari selepas Mahathir Mohd Hashim, 45, yang merupakan saksi ke-80 selesai memberi keterangannya.

Pada asalnya, kakak tiri Zara Qairina, dijadualkan tampil sebagai saksi seterusnya pada Selasa, namun keterangannya tidak diteruskan seperti dijadualkan.

Koroner Amir Shah Amir Hassan kemudian memaklumkan bahawa prosiding ditangguhkan dan jadual pada Selasa dikosongkan sebelum inkues bersambung semula pada Rabu.

Mahathir sebelum itu memberi keterangan termasuk menjawab pertanyaan daripada barisan peguam mengenai hubungannya dengan Zara Qairina, siasatan polis selepas kejadian serta perkara berkaitan keluarga mereka.

Lagi artikel berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved