Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi
Muhamad Hanif (kiri) meninjau sebuah stor haram dalam ladang kelapa sawit yang beroperasi bagi melakukan kegiatan pemindahan gas bersubsidi pada Selasa.
Image from: Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi
Dua pekerja warga asing ditahan KPDN Selangor pada Selasa.
Image from: Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi
Muhamad Hanif meninjau sebuah stor haram dalam ladang kelapa sawit yang beroperasi bagi melakukan kegiatan pemindahan gas bersubsidi pada Selasa.

SEPANG - Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam rupanya beroperasi secara haram dipercayai menjalankan pemindahan gas petroleum cecair (LPG).

Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan.

Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati, stor terbabit terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama dan hanya boleh dimasuki dengan satu laluan sahaja sekali gus memudahkan mereka mengesan sebarang pergerakan mencurigakan.

Namun, perancangan tindakan pasukan operasi berjaya menahan dua pekerja di premis terbabit yang cuba bersembunyi dan melarikan diri selepas menyedari serbuan tersebut.

**media[3690825]**

Seorang pekerja warga Indonesia mendakwa, dia mengetahui kerja di lokasi tersebut melalui rakannya dengan gaji RM1,800 sebulan.

"Saya kerja sudah dua bulan. Saya tahu salah, tapi tak ada kerja lain," katanya dalam nada perlahan.

Difahamkan, lokasi itu disewa oleh seorang lelaki tempatan dengan harga RM1,000 sebulan kepada pemilik tanah.

"Tempat ini saya buat sendiri. Tong gas hantar ikut tempahan...saya tak ingat nama kedai, sebab lepas selesai berurusan, saya 'cuci' (padam) WhatsApp semua.

"Tempat ini pun saya sewa, dia (pemilik tanah) pun tidak tahu saya buat tempat macam ini," katanya lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang turut ditahan.

Sementara itu, Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, sindiket itu digempur pada jam 9 pagi dan tiga individu berusia lingkungan 20 hingga 30-an berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, pemeriksaan mendapati wujud aktiviti pemindahan (decanting) secara haram iaitu memindahkan gas daripada tong LPG 14 kilogram (kg) bersubsidi ke dalam tong LPG 50kg bagi kegunaan komersial.

**media[3690828]**

"KPDN mengesyaki gas LPG komersial ini kemudiannya dijual kepada sektor industri pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

"Sindiket menggunakan teknik konvensional dengan hos penyambung serta bungkusan ais bagi memindahkan gas berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini pada Selasa.

Tambahnya, bekalan LPG bersubsidi ini dipercayai diperoleh daripada pemborong berlesen di sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek sekali gus siasatan menumpukan kepada rantaian pembekalan.

Beliau berkata, sebanyak 207 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 dan 50kg disita selain sebuah lori bonded dengan nilai keseluruhan RM120,000.

“KPDN Selangor menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau sindiket yang menyelewengkan barang kawalan demi memastikan subsidi negara sentiasa dilindungi," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved