STR 2026 (Kategori Berkahwin) kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk tahun 2026, bayaran STR untuk isi rumah berkahwin dikurangkan sebanyak RM300 berbanding sebelum ini.
Namun, pengurangan itu diimbangi dengan kenaikan RM300 bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang diberikan dalam bentuk kredit untuk pembelian keperluan asas.
Oleh itu, jumlah keseluruhan bantuan STR dan SARA untuk isi rumah berkahwin kekal sama seperti sebelum ini, dengan minimum SARA kini RM1,200 setahun.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai STR Berkahwin 2026.
Tarikh Permohonan STR 2026
Tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan akan berlangsung sepanjang tahun.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara pengemukaan borang di Pejabat LHDNM berdekatan.
Untuk tahun 2026, semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR baharu walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini.
Log masuk ke akaun MySTR hanya boleh dilakukan mulai 15 Oktober 2025 dengan menggunakan log masuk sedia ada.
Penerima yang tidak mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut diwajibkan untuk mengemaskini permohonan STR 2026 agar kelayakan bantuan tidak terputus.
Bantuan STR 2026 dijangka mula dibayar pada awal tahun 2026 melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank atau pembayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank.
Untuk sebarang masalah log masuk, lupa kata laluan, atau bantuan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.
>> STR FASA 4 (Kategori Berkahwin)
STR Berkahwin untuk FASA 4 bagi tahun 2025 pula akan diterima mulai 18 OKTOBER 2025. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Kategori Isi Rumah / Keluarga untuk FASA 4 ialah RM100 hingga RM700 bergantung kepada bilangan anak dalam isi rumah dan juga pendapatan.
Semakan status dan bayaran boleh dibuat melalui portal mySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Syarat Kelayakan STR 2026 (Berkahwin)
Anda layak mendapat bantuan STR 2026 bagi kategori isi rumah sekiranya memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Kadar Bantuan STR 2026 – Kategori Berkahwin / Isi Rumah
Jumlah bantuan STR 2025 bagi setiap pasangan ini berbeza mengikut jumlah pendapatan isi rumah dan jumlah anak yang dimiliki oleh sesebuah pasangan itu.
Anda boleh rujuk jadual di bawah bagi penerima STR 2025 Fasa 4 Kategori Isi Rumah:
a) Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1,000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1 – 2 | 1,500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3 – 4 | 2,000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| ≥5 | 2,500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1 – 2 | 750 | 150 | 150 | 200 | 250 |
| 3 – 4 | 1,000 | 250 | 200 | 250 | 300 |
| ≥5 | 1,250 | 300 | 300 | 300 | 350 |

Cara Semakan Status / Kelayakan STR Berkahwin 2025
Ingin semak kelayakan anda?
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.



Cara Tukar Status Dari Bujang Kepada Berkahwin
Sekiranya anda baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anda perlu mengemaskini permohonan anda kerana syarat kelayakan individu bujang dan pasangan yang sudah berkahwinan adalah berbeza.
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Login di portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Kemaskini Permohonan”
- Tukar status perkahwinan daripada Bujang ke Kahwin
- Isi tarikh perkahwinan
- Isi maklumat pasangan
- Isi maklumat anak (jika ada)
- Kemaskini maklumat waris
- Tekan butang “Teruskan”
- Isi kod dan sahkan CAPTCHA
- Tick kotak Perakuan Permohonan
- Klik Hantar
- Tekan butang Cetak untuk cetak salinan permohonan anda
Kaedah Memohon STR 2025
- Secara Dalam Talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Hadir ke
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pejabat Satelit LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR
- Borang Permohonan
Boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my
STR 2025 adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh pasangan yang telah berkahwin, terutamanya mereka yang memerlukan sokongan kewangan dan menepati syarat-syarat yang dinyatakan d atas.
Dengan mematuhi syarat yang ditetapkan dan melengkapkan permohonan dengan dokumen yang diperlukan, anda berpeluang menerima bantuan ini supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung.
Kaedah Bayaran STR 2025
Kaedah pembayaran STR 2025 bagi pasangan yang sudah berkahwin adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi bantuan STR untuk kategori isi rumah, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti yang berikut:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@treasury.gov.my
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Alamat Kementerian Kewangan Malaysia
Sekretariat STR
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592 Putrajaya
Elakkan dari terjebak dengan skim penipuan berkaitan STR 2025.
Soalan Lazim STR Fasa 4
Apakah itu STR Fasa 4?STR Fasa 4 adalah bayaran terakhir bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025 yang membantu isi rumah berpendapatan rendah (B40), warga emas dan golongan bujang yang layak. Bayaran mula disalurkan pada 18 Oktober 2025.
Bila tarikh pembayaran STR Fasa 4?Bayaran dijadual bermula 18 Oktober 2025 secara berperingkat terus ke akaun penerima.
Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah: RM150 hingga RM700 bergantung jumlah anak.
Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM100 hingga RM350 bergantung bilangan anak.
Warga emas tiada pasangan: RM150
Golongan bujang: RM100 hingga RM150 (terikut kelayakan)
Semakan dibuat melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Siapa yang layak menerima STR?Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia.
1. Isi Rumah
Warganegara Malaysia.
Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak menepati syarat.
Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah468.
Salah seorang pasangan mesti berumur 21 tahun ke atas6.
2. Warga Emas Tiada Pasangan
Warganegara Malaysia.
Berumur 60 tahun ke atas.
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah46.
3. Bujang
Warganegara Malaysia.
Berumur 21 hingga 59 tahun.
Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang di pejabat LHDNM atau pusat yang ditetapkan.
Permohonan rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

