Strategi baru LinkedIn, main permainan sambil cari kerja

18 Mar 2024 • 1:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

LinkedIn, platform milik Microsoft, yang berfungsi sebagai medium untuk mencari kerja dan rangkaian kenalan baharu, sedang merancang untuk menambah permainan. Ia bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pengguna di platformnya.

Berdasarkan laporan, LinkedIn sedang membangunkan tiga permainan teka-teki iaitu "Queens", "Inference" dan "Crossclimb". Walaupun tiada tarikh pelancaran diumumkan lagi, jurucakap LindkedIn mengesahkan pembangunan permainan tersebut.

"Kami sedang cuba untuk menambah permainan minda ke dalam LinkedIn untuk menyeronokkan suasana, mengeratkan hubungan, sekali gus dapat mewujudkan ruang untuk berbual antara pengguna", jelas jurucakap LinkedIn.

image is not available
Antara permainan yang akan diperkenalkan di LinkedIn (Sumber)

LinkedIn bukan pertama wujudkan permainan di platform

LinkedIn bukanlah platform bukan permainan pertama yang akan menerapkan permainan kasual. Sebelum ini, Facebook, rangkaian sosial terbesar dunia juga telah mewujudkan permainan di platformnya. 

image is not available
Antara pilihan permainan di Facebook

Malah Facebook juga telah membangunkan aplikasi permainan berasingannya yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Malangnya, pada tahun 2022, ia dihentikan kerana penggunaan yang semakin menurun.

Permainan dilihat antara aplikasi paling digemari untuk telefon pintar dan juga komputer, ia juga dalam masa sama dapat meningkatkan janaan pendapatan dan penglibatan pengguna. Malah permainan teka-teki juga sering menjadi pilihan, khususnya dalam kalangan pengguna telefon pintar.

Sama ada perancangan LinkedIn untuk memperkenalkan permainan di platformnya akan membantu meningkatkan jumlah pengguna akan tercapai atau tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

[Sumber: TechCrunch]

Bacaan berkaitan: