Streamer Ditemui Meninggal Dunia Ketika “Live”

EntertainmentGaming
22 Aug 2025 • 10:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Streamer Ditemui Meninggal Dunia Ketika “Live”

Seorang streamer terkenal Perancis, Raphaël Graven, juga dikenali sebagai Jean Pormanove ditemui meninggal dunia di kediamannya di Contes, sebuah perkampungan di utara Nice, lapor CNN.

Difahamkan, Graven, 46 dilaporkan maut ketika tertidur sewaktu bersiaran langsung hampir 12 hari ( dipercayai sertai cabaran ekstrem) di platform Kick.

Menurut pejabat pendakwa raya Nice, siasatan telah dibuka dan proses bedah siasat dijalankan.

Siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak berpunca daripada kecederaan trauma serta tidak melibatkan pihak ketiga.

Dalam beberapa video sebelum ini, dia dilihat sering menjadi sasaran diejek dan dibuli.

Bagaimanapun, dua rakan yang turut melakukan siaran langsung bersama, Owen Cenazandotti (Naruto) dan Safine Hamadi menafikan sebarang kaitan berhubung kematiannya.

https://www.instagram.com/p/Crx9Cc9stcT/?hl=en&img_index=1

Menurut peguam, mendakwa kebanyakan aksi adalah lakonan dan dilakukan dengan persetujuan semua pihak.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan kedua-duanya pernah ditahan awal 2025 dalam siasatan berhubung penghinaan terhadap individu sebelum dibebaskan.

Sementara itu, syarikat Kick dalam kenyataan kepada CNN memaklumkan semua individu yang terlibat dalam siaran itu telah digantung sementara siasatan dijalankan.

Pihaknya turut menzahirkan takziah kepada keluarga mendiang termasuk peminat di atas pemergian Graven.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengumumkan sebarang pertuduhan berkaitan kematiannya.

Untuk makluman, Graven mempunyai memiliki lebih sejuta pengikut di pelbagai platform.

Sumber: CNN