Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh, Turut Hempap Dua Kereta

18 Dec 2025 • 3:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh, Turut Hempap Dua Kereta

Negeri Sembilan — Struktur bahagian hadapan empat buah kediaman di Taman Pinggiran Senawang mengalami rekahan dan runtuh dalam kejadian pada Khamis.

Menurut Balai Polis Senawang di Facebook, pihaknya telah menjalankan pemantauan di lokasi kejadian dan mereka mendapati runtuhan disyaki berpunca daripada pemendapan tanah.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan akibat kejadian terbabit.

“Seramai tiga keluarga telah dipindahkan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Ujar kenyataan itu lagi, rumah pertama mengalami runtuhan struktur bahagian hadapan melibatkan beberapa ruang serta kerosakan ke atas dua buah kenderaan.

image is not available
Kredit: Balai Polis Senawang
image is not available
Kredit: Balai Polis Senawang

Rumah kedua pula mengalami kerosakan bumbung dan kawasan parkir runtuh. Manakala rumah ketiga dan keempat mengalami rekahan di bahagian hadapan rumah.

“Angota polis telah menjalankan pemantauan di lokasi kejadian, memberi nasihat keselamatan kepada mangsa serta mengarahkan mereka merujuk kepada pihak berkenaan.

“Pihak bomba telah membuat pemeriksaan awal dan menasihat mangsa supaya berpindah sementara. Tali keselamatan larangan masuk telah dipasang di kawasan runtuhan,” katanya lagi.

image is not available
Kredit: Balai Polis Senawang
image is not available
Kredit: Balai Polis Senawang

Dalam pada itu, punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Selain polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Bandaraya Seremban juga terlibat melakukan pemantauan.

Ia juga turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ MK Ibrahim dan Penyelaras DUN Paroi, Hisyam.

Sumber: Balai Polis Senawang

The post Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh, Turut Hempap Dua Kereta appeared first on Siakap Keli.