Struktur hadapan rumah tiba-tiba runtuh

18 Dec 2025 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Struktur bahagian hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pinggiran Senawang di sini dilaporkan runtuh pada pagi Khamis mengakibatkan tiga kenderaan mengalami kerosakan.
image is not available
Struktur bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Pinggiran Senawang runtuh.
image is not available
Penghuni rumah telah dikeluarkan lebih awal oleh jiran tetangga sebelum kejadian runtuhan berlaku.

SEREMBAN – Struktur bahagian hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pinggiran Senawang di sini dilaporkan runtuh pada pagi Khamis mengakibatkan tiga kenderaan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 4.51 pagi.

**media[3375377]**

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang telah digerakkan ke lokasi dan sampai jam 5.04 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, sebuah rumah teres dua tingkat berukuran 22 kaki x 75 kaki mengalami runtuhan struktur di bahagian hadapan dan menyebabkan tiga kenderaan yang diparkir di garaj mengalami kerosakan," katanya.

Menurutnya, tiga kenderaan yang terlibat ialah sebuah Toyota Alphard, Toyota Yaris dan sebuah motosikal Yamaha NVX.

**media[3375378]**

Ujarnya, difahamkan, penghuni rumah telah dikeluarkan lebih awal oleh jiran tetangga sebelum kejadian runtuhan berlaku.

"Bomba telah pun menjalankan kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan rumah sementara menunggu tindakan lanjut daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS)," katanya.