
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap negara pasti ada keistimewaan dan keunikannya tersendiri yang membuatkan ia berbeza daripada tempat lain. Antara contoh mudah adalah penggunaan bahasa oleh para penduduk.
Tetapi kalau anda perasan, budaya dan adat ini sudah mula mendapat perhatian warga asing. Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang juga model terkenal dari Britain dikenali sebagai Kit Price yang fasih berbahasa Melayu.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Price dipercayai berada di negara ini untuk bersiar-siar bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Calum Harper.
Apa yang mengejutkan, Price dengan mudah bercakap dalam bahasa Melayu semasa seorang pekerja kedai datang kepada mereka untuk mengambil tempahan makanan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Model Dari Britain Fasih Berbahasa Melayu Raih Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Power Dia Borak” – Lelaki Dari Amerika Dipuji Tak Kekok Berbahasa Melayu [Video]
Keluarga Pengantin Lelaki Dari UK Gayakan Baju Tradisional
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@yayafarhanaaaaaa) apabila seorang wanita dikenali sebagai Yaya yang juga merupakan pengantin perempuan berkongsi momen pada hari bahagiannya.
Difahamkan, Yaya telah bernikah dengan pujaan hatinya, Chris yang berasal daripada United Kingdom (UK). Walaupun budaya di kedua-dua negara adalah jelas berbeza, namun mereka tetap tidak meninggalkan adat pernikahan di Malaysia.
Menerusi video perkongsian, kelihatan keluarga daripada sebelah lelaki yang diiringi dengan dendangan kompang sedang berjalan dalam kumpulan untuk memasuki dewan persandingan.
Perkara yang mencuri perhatian adalah setiap daripada mereka dilihat memperagakan pakaian tradisional Melayu iaitu Baju Melayu bagi para lelaki dan Baju Kurung bagi yang wanita.
Manakala pengantin lelaki pula dilihat menggayakan Baju Songket berwarna biru gelap.
@yayafarhanaaaaaa Semua cantik dan handsome with our malay traditional outfit kan!
♬ original sound – Queen Swift ✨
Tonton video penuh [DI SINI].
Memang segak betul semua. Sampin dan songkok yang dipakai juga kelihatan kemas.
Menurut Yaya, rakan-rakan lelakinya telah membantu keluarga sebelah suami untuk memakai sampin dengan betul memandangkan mereka masih kekok dengan kain tersebut.
@yayafarhanaaaaaa Pagi2 gigih kawan2 lelaki saya datang tolong pakaikan diorang samping. Tq guyssss for the help!! Appreciate it 🫶🥹💜
♬ original sound – Queen Swift ✨
Tonton video penuh [DI SINI].
Pengantin Lelaki Berpantun Bersama Keluarga Sebelah Perempuan
Dalam satu hantaran lain, kelihatan juga Chris menyahut cabaran dalam satu sesi berbalas pantun bersama adik lelaki Yaya.
Walaupun bahasa Melayu ditutur olehnya masih belum lancar, tetapi dapat dilihat bahawa pengantin itu cuba bersungguh-sungguh untuk membaca pantun.
@yayafarhanaaaaaa Sesi berbalas pantun husband dan adik lelaki 🥰🥰🥰🫶🫶 comel sangat!!!!
♬ original sound – Queen Swift ✨
Tonton video penuh [DI SINI].
Keluarga Sebelah Lelaki Sertai Upacara Merenjis
Tidak terhenti di situ, keluarga Chris juga berkesempatan mencuba adat-adat yang selalu dilakukan di majlis pernikahan orang Melayu iaitu upacara merenjis dan bersalaman di atas pelamin.
Menurut Yaya, dia telah mengajar ibu bapa Chris cara untuk melakukannya pada malam sebelum acara bermula. Menerusi klip berkenaan, kelihatan si ibu dengan gembira merenjis daun rampai kepada pengantin. Nampak teruja sungguh!
@yayafarhanaaaaaa So cute!! Haha ada orang ajar diorang right before the wedding on how to do the renjis as blessings to the bride and groom🥰🥰🫶
♬ original sound – Queen Swift ✨
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Teruja Keluarga Mat Saleh Berpakaian Baju Tradisional
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat keluarga berkenaan dan juga Chris yang menyarungkan pakaian tradisional lengkap meskipun dalam cuaca yang panas berdenting pada ketika itu.
“Wah cantik dan kemas. Istimewa pengantin Melayu bila berbaju songket. Dari jauh orang tahu itu pengantin. Seri pengantin terus naik!” kata seorang netizen.
Malah ramai juga bangga pakaian tradisional mula disedari orang luar negara.
“Walaupun ni majlis kahwin sahaja, tetapi dalam sudut hati rasa bangga sebab dapat tunjuk budaya Melayu dekat orang luar,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu turut memuji Yaya kerana tidak meninggalkan budaya dan tradisi di Malaysia meskipun berkahwin dengan warga negara lain.
“Kan cantik dan sedap mata memandang perkahwinan macam ni. Tak macam sesetengah orang nak juga tiru style barat. Padahal adat Melayu dah indah,” kata seorang pengguna TikTok.






Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa
Baca Artikel Berkaitan: “Everyone Is Smiling” – Mat Saleh Beri Pandangan Pros & Cons Bercuti Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “I Find It Interesting” – Mat Saleh Terkejut 5 Benda Ini Popular Di Malaysia
Source:

![Penuh Sampah & Air Jernih Bertukar Keruh, Port ‘Healing’ Di Indonesia Rosak Lepas Viral [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)


![Dua Ekor Anjing Jadi ‘Bodyguard’ Teman Kanak-Kanak Pergi Sekolah Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![Doktor Kongsi Bahaya Pakai Baju Guna Fabrik Pakaian 100% Polyester [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)