Mat Saleh Dedah Ketagih Karipap Gara-gara PKP Dahulu, Lebih Setahun Terkandas Di Malaysia

LocalFood
22 May 2025 • 5:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi destinasi percutian bagi pelancong-pelancong luar negara terutamanya dari Eropah.

Selain banyak tempat menarik, kepelbagaian makanan yang ada di negara ini juga dapat menarik minat pelancong asing.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang terus jatuh cinta dengan makanan-makanan di Malaysia setelah mencubanya buat kali pertama.

Mat Saleh ketagih karipap selepas terkandas di Malaysia lebih setahun

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki Inggeris yang mendedahkan telah ketagihan kuih karipap selepas dia terkandas di Malaysia selama lebih setahun kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

Usahawan dan YouTuber dikenali sebagai Darren Cronian itu membuat pendedahan terbabit menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya.

“Tak ramai yang tahu, tapi semasa pandemik (Covid-19) saya terperangkap di Malaysia. Saya cuba untuk dapatkan penerbangan keluar tetapi semuanya dibatalkan atau sempadan negara telah ditutup.

“Akhirnya saya tinggal di sini selama 14 bulan! Sepanjang masa itu, saya jadi ketagih dengan karipap,” tulisnya.

Setiap pagi beli 2 ketul karipap bersama secawan kopi

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, dia pada setiap pagi akan pergi ke MyNews yang berada berdekatan kondominiumnya untuk membeli dua ketul karipap bersama secawan kopi.

“Sampai satu tahap, makcik di kedai itu dah boleh nampak saya dari jauh dan terus siapkan karipap serta kopi untuk saya,” tulisnya lagi.

Darren memberitahu bahawa karipap yang dijual di IKEA merupakan karipap kegemarannya ketika ditanya oleh ramai pengguna platform media sosial itu.

Pernah tular kisah Darren terbang sejauh 9,600Km demi makan nasi lemak

Untuk info, Darren pernah tular pada enam tahun lalu kerana lelaki Inggeris itu sanggup terbang sejauh 9,600Km dari Athens, Greece ke Kuala Lumpur disebabkan mengidam nasi lemak.

Jelas Darren, perkara terbabit bermula selepas dia yang sedang berada di Athens pada ketika itu telah melihat beberapa posting di Instagram mengenai makanan kegemarannya itu.

Dia pada awalnya bercadang untuk ke Kos iaitu sebuah pulau di Greek namun secara spontan menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menikmati nasi lemak.

Jelas Darren, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat olehnya itu.