Suami Almarhum Ain Farhana Jadi Sukarelawan UKVJ, Mahu Pahalanya Diniatkan Atas Nama Arwah Isteri

22 Jul 2025 • 4:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kematian seorang wanita bernama Ain Farhana hanya selepas beberapa hari melahirkan zuriat keduanya telah meruntun hati masyarakat.

Pemergian arwah membuatkan ramai tersentuh dan berasa sebak terutamanya melihat suaminya yang mendoakan Ain Farhana di sisi jenazahnya.

image is not available 2025-07-18 14:18:14

(VIDEO) Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Kedua, Netizen Menangis Dengar Doa Suami Di Sisi Jenazah

Menerusi Instagram, akaun mr_wan_cai_official yang daripada Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) memaklumkan bahawa lelaki bernama Khairul Azhar itu telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan.

Berdasarkan hantaran itu, Khairul memaklumkan kepada pihak UKVJ mahu membuatkan kebaikan agar pahala dapat diniatkan ke atas nama arwah.

Segala pahala dan kebaikan daripada khidmat fardhu kifayah, diniatkan atas nama arwah isterinya. Alhamdulillah.

Ruangan komen dipenuhi dengan respon netizen yang kagum dengan tindakan Khairul yang sanggup berbuat sedemikian kerana sangat menyayangi arwah isterinya.

Ramai wanita pula berkata arwah Ain Farhana begitu beruntung kerana bukan sahaja mendapat keredaan suami tetapi juga pahala daripada amal jariahnya.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, rata-ratanya mendoakan agar urusan Khairul bersama pasukan UKVJ dipermudahkan dan kebaikan dilakukannya diterima Allah SWT.