Suami Atikah Suhaime Tak Kisah Pakai Baju Murah, Jawab Dakwaan Kata Nanti Badan Gatal - “Awak Orang Kaya Baru Kot?”

11 Aug 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh tampil memberi respon terhadap segelintir pihak yang mempertikaikan pilihannya membeli pakaian murah secara atas talian.
 

Tak kisah baju murah beli online

 


Menerusi hantaran di platform Threads, Lokman menjelaskan tidak perlu malu untuk membeli dan memakai pakaian murah atau tidak berjenama asalkan selesa.


 


“Ada orang tanya saya, boss beli baju dekat online barang murah kenapa? Tak malu ke?


 


“Pertama sekali saya boikot barangan berjenama. Apa yang saya dah beli sebelum ini, saya pakai tetapi saya tidak akan memberi sokongan sehinggalah perang tamat.


 

“Kedua kenapa saya patut malu. Baju tetap tak kira murah ke mahal masih lagi baju. Tapi awak cakap oh barang murah nanti badan gatal sebab kain tak elok. 
 
“Awak orang kaya baru kot haha. Saya pakai murah ke mahal ke sama. Kenapa ada branded atau harga untuk buat diri confident.
 

 


“Untuk saya sekarang, saya pakai baju murah online pun saya confident sebab it’s not about apa yang saya pakai it’s about  who I am,” jelasnya.



image is not available


 

Utamakan keperluan isteri dan anak

Tambah Lokman lagi, keutamaannya kini adalah memastikan isteri dan anak perempuan kesayangannya, Mulan mendapat yang terbaik, walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk diri sendiri.


 


“Untuk saya, keutamaan sekarang adalah janji isteri kesayangan saya, Atikah dah anak saya yang cantik mendapat yang terbaik.


 

“Dia orang nak apa saya bagi dulu sebelum diri saya, this is what a real man patut fikir. Bukan kawan toksik, kawan atau peminat cakap eh bro pakai baju murah kenapa.

 


“Priority dulu that’s why korang tak kahwin atau tak berjaya. For me, I do anything for my family,” tegasnya.


 


Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.


 


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mulan pada Mac lalu.