Suami Ceraikan Usahawan Kosmetik Ketika Bersiaran Langsung

Family & Parenting
30 Jul 2024 • 11:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
usahawan kosmetik

Tergamaknya seorang suami lafazkan cerai talak satu masa isteri sedang mencari rezeki. Perkara ini berlaku ke atas seorang usahawan kosmetik ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.

Nur Hazwani diceraikan ketika dia bersiaran langsung di rumahnya di Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Rabu lepas. Ketika itu suaminya tiba-tiba datang dalam keadaan marah dan berlaku provokasi sebelum melafazkan talak satu.

Bekas suami dikatakan kahwini isteri kedua senyap-senyap di Thailand…

Ketika itu kami bergaduh dan berlaku provokasi antara kami sebelum suami melafazkan cerai kepada saya.

Suami kahwin dengan wanita lain lebih tiga bulan lalu atau April disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya.

Pada mulanya, saya manu menerima madu namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.

Ibu kepada empat orang anak ini sudah bersama suaminya selama lebih 10 tahun dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Sanggup berhenti kerja sebagai anggota PBT demi bersama suami…

Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar.

Demi suami, saya sanggup berhenti kerja kerana mahu berada di sisi suami, namun selepas 10 tahun ini yang saya dapat. Ketika awal perkahwinan, saya sanggup hidup susah bersamanya sehingga kehidupan kami berubah ke arah yang lebih baik, tetapi ini balasan saya dapat.

Difahamkan, semasa diceraikan itu, lebih 3,000 orang sedang melihat siaran langsungnya. Semoga Hazwani kuat untuk besarkan anak-anak.

image is not available

Jap!