Peniaga Kosmetik Tak Sangka Diceraikan Suami Ketika Live - “Suami Kahwin Wanita Lain Tanpa Pengetahuan Saya”

30 Jul 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang peniaga kosmetik dalam talian tidak menyangka suami sanggup menceraikannya dengan talak satu ketika wanita itu live di TikTok.
 

Suami Kahwin Lain Tanpa Pengetahuan







"Suami kahwin dengan wanita (lain) itu lebih tiga bulan lalu atau April lalu disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya. 

“Pada mulanya, saya mahu menerima 'madu', namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.







Sanggup Berhenti Kerja Demi Suami



"Demi suami, saya sanggup berhenti kerja kerana mahu berada di sisi suami, namun selepas 10 tahun ini yang saya dapat.