Suami Dedah Cikgu Istiqomah Pernah Pinjamkan Suspek RM19,400, Gelang Emas Lesap

Entertainment
13 Aug 2024 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gempar di media sosial sejak semalam mengenai kes pembunuhan kejam seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi.

Polis memaklumkan suspek kes bunuh Cikgu Istiqomah merupakan kenalan ketika belajar di maktab perguruan dan pernah berhubung mengenai urusan pelaburan Forex.

Terbaharu, suami arwah mendedahkan isterinya itu pernah memberi pinjaman wang kepada suspek sebanyak RM19,400.

Wang itu diperolehi daripada pinjaman bank dan arwah dikatakan memberi wang itu kepada suspek pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, suspek ada membuat bayaran balik secara ansuran sebanyak RM371 sebulan hingga Disember tahun lalu sebelum mengajak Istiqomah untuk membuat penambahan pelaburan dalam pasaran Forex.

image is not available

“Suspek tiba tiba-tiba muncul dan mengajak isteri menyertai perniagaannya. Pada September tahun lalu Istiqomah ada membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah RM19,400 kepada lelaki itu, yang merupakan kenalannya ketika di maktab perguruan.

“Bulan seterusnya sehingga Disember, suspek ada membuat bayaran balik RM371 sebulan dan mengajak Istiqomah berjumpa untuk menambah pelaburan, namun isteri menolak,” katanya.

Gelang emas dipakai mangsa turut hilang

Menurut Mohd Yusof, barang kemas yang dipakai mangsa, gelang emas pemberian arwah neneknya dianggarkan bernilai RM40,000 turut hilang selepas kejadian menyayat hati itu.

“Luluh hati saya bila dapat tahu isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan beberapa anggota badannya dikerat dan dibuang di sekitar Melaka.

“Jika sebab duit atau emas sekali pun kenapa sampai sanggup bertindak sekejam itu sehingga menyebabkan tiga anak kami berusia 4, 6 dan 9 tahun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Setakat ini, difahamkan pihak keluarga mangsa masih menunggu panggilan dan arahan dari pihak polis bagi menuntut jenazah untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.