Suami Direman 7 Hari Kes Pukul Isteri Hingga Keguguran

LocalFamily & Parenting
29 Apr 2026 • 2:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki terlibat dalam kes memukul isterinya sehingga parah dan keguguran di Ambangan Heights minggu lalu, dibenarkan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Azlan Basri bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja.

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Sebelum itu, suspek yang memakai pakaian lokap dan pelitup muka tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi. Turut kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa berada di pekarangan mahkamah.

Semalam, dilaporkan lelaki terbabit yang dikehendaki polis berjaya diberkas di Alor Setar.

image is not available

Foto: Utusan

Menurut sumber, mangsa yang merupakan penjawat awam berusia 39 tahun dipercayai dipukul menggunakan beberapa objek termasuk penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu sehingga mengalami kecederaan serius serta keguguran.

image is not available

Foto: Media sosial

Dalam perkembangan sama, suspek turut didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan mangsa berjumlah kira-kira RM50,000.

Difahamkan, lelaki itu juga mempunyai rekod kes lampau melibatkan kecederaan terhadap bekas isterinya di Johor beberapa tahun lalu.

Pasangan tersebut dilaporkan berkahwin di Thailand pada Disember tahun lalu, namun perkahwinan itu masih belum didaftarkan di negara ini.

Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmar Idros)

The post Suami Direman 7 Hari Kes Pukul Isteri Hingga Keguguran appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved