Suami Enggan Bercerai Dengan Nora Ariffin, Sebutan Kedua 4 Jun Depan

6 May 2025 • 12:24 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tidak bernoktah hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suami Dr. Rushdi Ramli.
 

Tolak permohonan cerai

 


Menurut peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd. Ali, prosedur tersebut bagi membolehkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Rushdi enggan menceraikan Nora pada prosiding yang berlangsung hari ini.


 


“Dr. Rushdi menolak permohonan cerai kali ini. Jadi, akan berlaku sebutan kali kedua pada 4 Jun depan untuk perlantikan jawatankuasa pendamai.


 

“Bagaimanapun, pihak defendan tidak menyatakan alasan mengapa dia menolak perceraian.

 


“Jadi, kita akan ikut proses Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan sekiranya gagal, kita akan teruskan dengan proses hakam,” katanya


 


Pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.


 


Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.


 


Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.


 


Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.


 


Sumber: