“Dia Masih Sayang Saya” – Nora Akui Gembira, Suami Tak Jadi Cerai

Entertainment
6 May 2025 • 4:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah memohon perceraian dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli sekitar Mac lalu.

Permohonan itu dibuat oleh penyanyi wanita berusia 51 itu dengan berat hati untuk memenuhi kehendak isteri pertama iaitu Rose Aliza Sutrisno, lapor Astro Awani.

Kes perceraian itu sudah difailkan oleh Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor.

Nora akui gembira suami tak lafazkan talak bukti masih sayang

Terbaharu, Nora mengakui gembira selepas suaminya Dr. Rushdi Ramli tidak melafazkan talak sewaktu prosiding sebutan pertama perceraian pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada hari ini (6 Mei).

Jelas penyanyi lagu Hanya Satu itu, dia perlu mempertimbangkan perkara yang perlu dibuat selepas ini termasuk jika perceraian dengan suaminya itu tidak berlaku.

“Apa yang difahamkan, Dr. Rushdi menolak untuk perceraian ini. Saya mohon ruang untuk melalui semua ini dan perlu fikir kalau teruskan (rumah tangga) adakah akan jadi perkara sama dan sebagainya.

“Seronok juga (suami membantah perceraian) sebab rupa-rupanya dia masih sayang pada saya. Tetapi kena fikir langkah seterusnya macam mana.

“Kami tak bermusuh dan tiada benda yang nak benci dia. Sebab dia terlalu baiklah jadi begini. Namun, saya berserah,” ujarnya, lapor Kosmo.

Jelasnya dia akan melalui sebarang proses yang berlangsung selepas ini dengan terbuka.

Tegas penyanyi terbabit dia memfailkan perceraian itu bukan untuk mencipta drama mengenai rumah tangganya.

“Saya bukan nak cipta situasi atau buat drama. Saya tak perlukan semua itu dan hanya mahu bersihkan nama saya.

“Tindakan saya fail cerai pun sebab sudah terlalu penat melalui semua ini. Memang boleh bertahan tetapi sampai bila.

“Saya sudah buat apa yang patut dilakukan. Hari ini pun keputusan dia yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Walaubagaimanapun, saya sebagai isteri perlu hormat dan berbincang selepas ini.”

Ketika disoal sekiranya ada perbincangan dengan suami selepas ini, penyanyi itu memaklumkan ia akan dibuat mengikut keperluan.

“Tengok keadaan macam mana, kalau perlu, perlu lakukan (komunikasi sebab kami pun tidak bermusuh).

“Semua ini berlaku disebabkan gangguan anasir luar dan bukan daripada kami sendiri,” katanya.

Hanya lakukan perkara yang sepatutnya, Nora akui penat dengan kemelut yang berlaku

Menjelaskan berhubung kecaman yang diterima daripada orang ramai mengenai masalah rumah tangganya, Nora mengatakan dia hanya membuat perkara yang perlu.

Katanya dia mengakui sudah penat dengan masalah yang terjadi khususnya yang membabitkan orang ketiga.

“Bagi saya, selagi saya tak buat benda negatif seperti orang cakap dan ada arah yang jelas, okay sahaja. Saya bukan buat benda jenayah dan perkara berdosa.

“Namun, perkara ini memang menjejaskan kerjaya seni. Pengalaman saya sebagai penyanyi selama 30 tahun tercalar begitu sahaja disebabkan perkara sebegini.

“Orang memilih untuk bercakap tentang rumah tangga saya berbanding kerjaya seni. Jadi, saya terlalu penat untuk melalui semua ini, cukuplah.”

Tiada pihak mahukan perpisahan

Ketika ditanya adakah dia masih menyayangi Dr. Rushdi dalam hatinya, Nora memaklumkan tiada pihak diantara dia atau suami yang mahukan perpisahan.

“Saya pernah melalui bercerai mati dan sebagai isteri, siapa yang mahukan perpisahan.

“Namun, kalau ini yang terbaik untuk saya dan anak-anak, memang perlu lalui juga walaupun perit tak tahu apa yang Allah SWT sudah tulis.

“Hari yang mendatang, saya perlu duduk bertafakur dan berfikir. Sekurang-kurangnya sudah lakukan perkara sepatutnya untuk keluar dari persekitaran toksik.

“Mengalah juga bukan bererti kita kalah. Hidup pun perlu diteruskan,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling turut menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora dan suami.

Source: