Suami Fatin Afeefa Tak Ke Konsert Sebab Muzik Itu Haram, Banyak Dengar Zikir

Music
19 Feb 2023 • 2:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
suami fatin afeefa

Nama suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjadi perhatian selepas dia dikaitkan dengan beberapa isu selepas kahwin.

Ada netizen melabel Aliff atau Opai sebagai lelaki ‘red flag’ susulan kenyataan panas yang dikeluarkannya.

Namun, Fatin Afeefa menegaskan suaminya hanya bergurau dan dia kenal suaminya bagaimana.

Terbaru, Opai sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia ada menjawab satu soalan daripada netizen yang bertanyakan sama ada akan hadir ke konsert band popular Indonesia, ST12.

Suami Fatin Afeefa kata muzik itu haram

Dia menjawab tak pergi ke konsert kerana muzik adalah haram. Dia lebih gemar memasang alunan zikir di rumah.

Tak suka pergi konsert, dengan muzik ini haram. Saya pasang zikir, muzik itu haram.

Respon Opai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan jawapan yang diberikan itu.

image is not available

Malah, ada yang membandingkan hobi mendengar muzik dengan kerjayanya sebagai ‘forex trader’ serta kerjaya isteri sebagai pelakon dan penyanyi.

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok @babes_faa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.