Suami isteri dicekup ‘lindungi’ PATI Indonesia

1 Aug 2026 • 11:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suami isteri dicekup ‘lindungi’ PATI Indonesia

PASIR PUTEH: Sepasang suami isteri dicekup selepas ‘melindungi’ lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia di rumahnya yang dijadikan sebagai transit sementara di Kampung Gong Serapat di sini semalam.

Serbuan pukul 7.20 malam itu membawa kepada penahanan lapan PATI yang terdiri dari lima lelaki dan tiga perempuan masing-masing berusia 20 hingga 56 tahun.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu rumah berkenaan sambil dipandu arah oleh dua pemilik rumah berkenaan telah menemukan tiga perempuan Warganegara Indonesia yang sedang bersembunyi.

Katanya, pemeriksaan lanjut di kawasan luar rumah telah menemukan lima lelaki Warganegara Indonesia yang berada di dalam stor belakang kediaman tersebut.

“Kesemua PATI itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah masuk ke negara ini.

“Siasatan awal kesemua PATI itu masuk ke Malaysia dari Thailand melalui pangkalan haram sekitar Sungai Kelantan kelmarin dan dihantar ke rumah tersebut buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kesemua PATI itu masuk ke negara ini dengan bayaran RM 4,000 setiap seorang.

Katanya, PATI itu turut mengaku mahu ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan yang akan diuruskan oleh seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai nama Afiq.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

The post Suami isteri dicekup ‘lindungi’ PATI Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved