
Rakaman video TikTok tular dan menjadi bualan hangat di twitter
Suami Isteri Dikecam Hebat, Selamba Sembang Lucah Walau Bertudung. Baru-baru ini, satu hantaran video telah menarik perhatian ramai apabila sepasang suami isteri bertanya sama ada sesiapa akan marah jika mendapati pasangan mereka gemar menonton filem lucah.
“Kisah tak kalau history laki korang otak biru je penuh?,” soal si isteri kepada si suami serta seorang wanita yang turut berada di tempat duduk belakang.

Rakaman TikTok itu menjadi topik hangat di Twitter, dengan netizen mengecam tindakan pasangan itu yang membincangkan tentang porno tetapi menggunakan ‘sex education’ sebagai alasan.
Dalam pada itu, individu yang berkongsi maklumat tersebut di Twitter berpendapat bahawa suami dan isteri tersebut menyebarkan konsep ‘sex education’ yang salah selain menyokong pemerdagangan seks serta pedofilia.
“Tonton porno bukan sesuatu yang kamu patut banggakan? Ia merosakkan mental dan hubungan kamu sendiri,” tulisnya di laman Twitter.
watching p0rn is not something u should be proud of or brag about? it’s mentally damaging and the fact u’re spreading the misconception of it being “educational”? not only u’re supporting s3x trafficking and paedophilia, u’re damaging ur own relationships. stop this stupidity https://t.co/eebiH6bDWg
Netizen turut menyokong kenyataan individu tersebut
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai pengguna Twitter lain bersetuju, serta mengatakan bahawa pasangan itu sepatutnya berborak mengenai perkara tersebut secara peribadi sahaja.
Bukan itu sahaja, kehadiran seorang kanak-kanak kecil di dalam kereta belakang ketika mereka membincangkan filem lucah itu mencetuskan kemarahan netizen.


