Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah

14 Nov 2026 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah
Suami isteri ditemukan meninggal dunia di ruang atas sebuah rumah teres di Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Jumaat.
Image from: Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah
Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian

KAJANG - Pasangan suami isteri ditemukan meninggal dunia di ruang atas sebuah rumah teres di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dua ruang berasingan di tingkat atas rumah berkenaan.

"Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[3710106]**

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dan siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Sarjan Mejar Anif Jawawi di talian 016-6061 659 bagi membantu siasatan.

"Polis meminta semua pihak menghormati perasaan serta privasi keluarga mangsa yang sedang berdepan saat sukar itu," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved