Suami isteri yang juga pempengaruh ditahan SPRM

11 Jul 2024 • 8:13 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma.

Sumber memaklumkan permohonan reman terhadap pasangan yang telah ditahan itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, ‪Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat. - 11 Julai, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved