Suami kantoi curang depan mata, isteri tuntut semula hadiah serta dedah mesej panas

LocalLifestyle
25 Sep 2025 • 5:59 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial Threads beberapa klip video memaparkan seorang wanita mendakwa suaminya berlaku curang selepas kantoi berduaan bersama seorang wanita lain di sebuah klinik kesihatan di Kajang.

Dalam rakaman berkenaan, wanita berkenaan dilihat mengintip suaminya yang ketika itu sedang menemani seorang wanita lain mengambil ubat di kaunter klinik.

Situasi bertukar kecoh apabila si suami tersentak menyedari dirinya dirakam, manakala wanita yang bersamanya terus melarikan diri tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Pertengkaran tercetus antara pasangan itu apabila si isteri menuntut kembali kunci motosikal dan telefon bimbit yang pernah dihadiahkan kepada suaminya.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendedahkan bukti perbualan mesra antara suaminya dengan wanita berkenaan melalui aplikasi iMessage.

Bagaimanapun, si suami menegaskan wanita terbabit hanyalah kawannya, namun kenyataan itu tidak meyakinkan si isteri.

Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya menyokong tindakan berani si isteri menegakkan kebenaran meskipun berdepan situasi tegang.

“Akak power. Tak jerit depan ramai. Akak lempang laki tu saya setuju,” kata seorang pengguna.

“Woah, perempuan tu kenal muka isteri dia… Memang sengaja menyondol ni. Kalau tak tahu tu suami orang memang dia tak lari lah,” kata seorang lagi pengguna.

“Patut semua bini pertama dalam dunia sehebat dan sekuat akak ni. Kalau suami curang jangan lemah,” ujar seorang pengguna lain.

Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga yang semakin kerap dilaporkan berlaku, khususnya di media sosial.

View Original Article