Suami Kecewa Isteri Ditangkap Berkhalwat Di Siang Hari Waktu Ramadan [Video]

16 Mar 2026 • 1:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap umat Islam sentiasa disarankan untuk menjaga pandangan, maruah diri termasuklah menjauhkan diri daripada kemaksiatan.

Ini bagi mengelakkan diri daripada terjebak daripada melakukan dosa. Selain itu, sebagai umat Islam kita juga dinasihat untuk tidak berdua-duaan dengan jantina berlainan di tempat sunyi sehingga boleh mengundang fitnah.

Kesan daripada perbuatan ini boleh membawa kepada pelbagai perkara negatif seperti kehancuran hubungan keluarga, rumah tangga dan banyak lagi.

Suami kecewa apabila isteri dicekup berkhalwat dalam rumah dengan lelaki lain

Terbaharu seorang suami meluahkan rasa kecewa apabila isteri telah dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki lain.

Perkara itu terbongkar apabila diserbu di sebuah rumah yang terletak di Krubong, Melaka pada 15 Mac.

Insiden terbabit berlaku sekitar jam 10 pagi dan ia telah mengundang kekecohan apabila lelaki yang dipercayai suami kepada wanita terbabit memberikan amaran kepada isterinya yang dicekup oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Situasi menjadi tegang, suami luah perasaan marah dan kecewa pada isteri

Menerusi video yang dikongsikan oleh JAIM di TikTok, kelihatan situasi seperti tegang di antara suami isteri berkenaan.

Dalam video sama, turut kedengaran suara lelaki berkenaan seperti meluahkan rasa marah serta kecewa kepada wanita berkenaan.

“Kau, aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek,” ujarnya.

Pegawai penguat kuasa JAIM tenangkan lelaki terbabit, terima maklumat ada aktiviti mencurigakan

Lelaki itu kemudian ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang turut berada di tempat kejadian.

Dalam video berkenaan turut menunjukkan tangkapan terbabit dibuat oleh imam yang bertugas bersama penguat kuasa JAIM sebaik menerima informasi berkaitan aktiviti yang mencurigakan di kediaman itu.

“Tangkapan dilakukan oleh imam bersama penguat kuasa JAIM menahan isteri orang berkhalwat di siang Ramadan.

“Namun kekecohan berlaku antara si isteri (orang yang disyaki) dan si suami yang berada di tempat kejadian kerana kecewa dengan perbuatan isterinya yang memalukan itu.

“Video ini bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen ‘amal makruh nahi munkar’,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Penguat kuasa terpaksa leraikan pertengkaran antara suami isteri

Turut kelihatan dalam video yang dikongsikan itu, penguat kuasa terpaksa meleraikan pertengkaran yang berlaku antara suami isteri terbabit kerana mahu mengelak daripada berlaku perkara tak diingini.

Pegawai penguat kuasa JAIM juga ada menerangkan lebih lanjut berhubung kesalahan yang dibuat oleh wanita dan lelaki berkenaan, mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 disebabkan bersekedudukan atau berkhalwat sehingga menimbulkan syak.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi tindakan lanjut.

Hukuman boleh dikenakan adalah denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

@unit.operasi.bpk

‘Imam menangkap pasangan berkhalwat’ “Disclaimer: Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen “Amar Makruf Nahi Munkar” #operasi #bpk #jaim #kerja #penguatkuasaagama

♬ original sound – Penguatkuasa JAIM – Penguatkuasa JAIM