Suami Kejar Isteri Keluar Dengan Lelaki Lain, Pernah Buat ‘Report’ Tapi Masih Jumpa Diam-Diam – “Kata Pergi Office, Sekarang Pergi Mana..”

LocalPolitics
28 May 2025 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketika isu cikgu wanita dan ‘Abang Wiring’ masih hangat diperkatakan, media sosial sekali lagi digemparkan dengan kemunculan satu video tular namun kali ini memaparkan adegan kejar-mengejar yang dipercayai berlaku di sekitar Subang Jaya.

Video tersebut dikatakan merakam detik seorang suami yang mengejar kereta dinaiki isterinya, yang sedang berdua-duaan bersama lelaki lain.

 

View on Threads

 

Kau bawa isteri aku pergi mana?

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan si suami berusaha mendekati kenderaan terbabit, namun pasangan dalam kereta itu langsung tidak mahu berhenti.

Akibatnya, mereka dilihat berpusing-pusing di laluan yang sama hampir lima kali, seolah-olah cuba melarikan diri dari dikesan.

image is not available

gambar hiasan

Menurut si suami, dia percaya isterinya enggan memberhentikan kenderaan kerana bimbang lelaki yang bersamanya akan ‘dibantai’ jika mereka berdepan secara terus.

Difahamkan, sebelum kejadian, si isteri memaklumkan bahawa dia ingin ke pejabat. Namun si suami akhirnya mengesan wanita itu keluar bersama lelaki lain.

Dalam rakaman sama, kereta tersebut akhirnya dilihat memasuki simpang menuju ke Balai Polis Subang Jaya. Si suami segera turun dan menjelaskan situasi sebenar kepada pegawai polis yang bertugas di pintu masuk balai.

image is not available

Apa yang mengejutkan adalah si suami pernah memfailkan laporan polis dan memberi peringatan kepada lelaki tersebut untuk tidak mendekati isterinya lagi.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 6 hours ago

Kantoi Curang Lepas Kes 'Abang Wiring', Isteri Dapat Tahu Suami 'Save' Nombor 'Bengkel' Rupanya Penyondol - "Lepas Chat Aku Delete.."