Suami Menangis Dan ‘Cancel’ Malam Pertama Dengan Isteri Sebab Terlalu Rindukan Ibu

Entertainment
19 Nov 2022 • 10:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Setiap pasangan yang baru berkahwin sudah pasti akan cuba membiasakan diri untuk hidup bersama. Maklumlah, kehidupan sudah pasti sedikit sebanyak berubah di mana kita perlu hidup bersama dengan pasangan yang sebelum ini tidak pernah tinggal bersama.

Macam apa yang dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Fitria yang menurutnya ia lucu membabitkan ragam suaminya di dalam bilik ketika malam pertama.

Tiba-tiba menangis

Menerusi satu rakaman video berdurasi 53 saat itu, suaminya tiba-tiba menangis di dalam bilik dan pada mulanya membuatkan Fitria berasa pelik.

Suaminya dikatakan menangis dan mengesat air mata beberapa kali namun apabila ditanya jawapan si suami membuatkan Fitria berasa terhibur.

Kata Fitria, suaminya menangis kerana merindui ibu tersayang yang kini sudah berjauhan dengannya memandangkan dia kini sudah berkahwin dan tinggal bersama isteri.

Beginilah nikah sama anak tunggal satu-satunya.

Fitria turut tertawa selepas mendengar jawapan daripada suaminya dan menganggap ia akan menjadi kenangan lucu yang tidak akan dilupakan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media