Suami Menangis Masa Malam Pertama, Isteri Bisik Tanya Kenapa Rupanya Rindu Emak!

Entertainment
18 Nov 2022 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap pasangan mesti ada pengalaman yang lucu pernah berlaku sewaktu baru sahaja dihalalkan mahupun sepanjang berada dalam alam perkahwinan. Tidak kisahlah apa yang berlaku, akhirnya ragam lucu itu bakal menjadi kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri dan akan tersimpan untuk disingkap kepada anak cucu.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang isteri yang berkongsi kisah lucu berdepan dengan ragam suaminya di dalam bilik dan difahamkan ia berlaku semasa malam pertama.

Suami menangis masa malam pertama, isteri bisik tanya kenapa rupanya rindukan emak!

Sebuah video berdurasi 53 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang suami yang secara tiba-tiba menangis sewaktu malam pertama.

@sfitmly

Beginilah nikah sama anak tunggal satu satunya image is not availableimage is not available

♬ suara asli – Fittt – Fittt

Pada awalnya, si isteri atau dikenali sebagai Fitria itu pelik dengan suaminya yang menangis dan mengesat air matanya beberapa kali. Bila ditanya kenapa, rupanya si suami merindui ibu tercinta yang akhirnya terpaksa berpisah jauh dan tinggal bersama isteri. Comel je!

“Beginilah nikah sama anak tunggal satu-satunya.”

Menerusi video itu juga dapat didengari Fitria ketawa mendengar jawapan suaminya dan menganggap ia bakal menjadi kenangan yang lucu sampai bila-bila.

Netizen sekali terhibur, siap minta isteri hantar suami balik rumah ibunya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat manja suaminya yang tak ubah seperti anak kecil yang kesedihan ditinggalkan sendiri saat pertama kali dihantar ke asrama.

Ada juga siap minta hantar balik lelaki tersebut ke rumah ibunya bagi mengubati kerinduan yang terpendam itu. Hahaha macam-macam netizen!

image is not available

image is not available

image is not available

Mesti suami Fitria hatinya lembut juga….Semoga pasangan ini sentiasa berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.