“Suami Meninggal Dalam Keadaan Husnul Khatimah” – Dikecam Tak Menangis Ketika Arwah Suami Meninggal, Ini Jawab Ina Naim

Entertainment
28 Jun 2024 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak akhir-akhri ini, isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad sering kali dilihat berkongsi pelbagai perkara ketika melakukan siaran langsung di platform media sosialnya.

Sebab tak menangis ketika arwah suami meninggal

Terbaru, Ina Naim mendedahkan dirinya pernah dikecam oleh sesetengah pihak kerana tidak mengalirkan air mata sewaktu pemergiaan arwah suaminya.

Menjelaskan hal tersebut, Ina atau nama sebenar, Nor Diana Naim berkata dia tidak menangis kerana suami meninggal dalam keadaan baik-baik.

Meninggal dalam keadaan baik

Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) para malaikat, bidadari dan Allah sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu.

Dalam pada masa yang sama, isteri kepada penyanyi nasyid itu selalu mengingati pesanan arwah untuk menghindari riba.

Sekadar info, kesihatan Allahyarham Suhaimi Saad dikhabarkan semakin merosot selepas dia mengalami cirit-birit hingga susut berat badan sehingga 20 kilogram (kg).

image is not available 4 weeks ago

"Saya Tahu Dia Sedang Berbahagia Di Sana" - Ramai Tertunggu Ina Naim Buat 'Live' TikTok, Tetap Tabah Setelah Kematian Suami