Tiada ‘roadblok’ turun Genting Highlands, hanya periksa but kereta

17 Aug 2026 • 6:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada ‘roadblok’ turun Genting Highlands, hanya periksa but kereta

PETALING JAYA – Tiada sekatan jalan raya atau ‘roadblock’ dilaporkan di laluan turun dari Genting Highlands, namun trafik masih sesak petang ini.

Beberapa pengguna media sosial yang melalui laluan berkenaan mendakwa polis hanya melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan, menyebabkan trafik bergerak perlahan.

“Takde roadblock (sekatan jalan raya) sebenarnya, saya baru lepas,” kata filzaae.

“Jem (sesak) sebab polis check (periksa) but kereta. Semua kereta yang lalu dia spotcheck (diperiksa secara rawak),” komen ihveliyn.

“Dari Antara nak pergi Genting Premium Outlets je pun. Setiap lima minit dapat gerak lima meter je,” tulis amirul_asraffff.

“Jem lutut nie. Kaki lenguh akibat kerap menekan brek dan menahan klac ketika menuruni Genting Highlands,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, media sosial kecoh selepas sebuah kedai emas di Genting Highlands didakwa dirompak sehingga kawasan peranginan itu dikatakan dikenakan sekatan pergerakan sementara, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada ‘roadblok’ turun Genting Highlands, hanya periksa but kereta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved