Suami Puji, Syukur Dikurniakan Isteri Seperti Atikah Suhaime - “Tak Pernah Minta Duit, Dia Jenis Lurus & Ikhlas”

9 May 2025 • 7:58 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan, Datuk Lokman Teh meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik hati seperti pelakon, Datin Atikah Suhaime.
 

Tak pernah minta duit


Lokman menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads menyatakan bahawa Atikah sama sekali tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya sebaliknya memiliki pelbagai kebaikan.



Malah kata Lokman, Atikah merupakan seorang wanita yang jujur dan ikhlas dalam menjaga keluarga kecik mereka.

“Sebenarnya Atikah tidak pernah meminta saya atau keluarga saya duit, atau benda-benda lain.
Dia jenis lurus dan ikhlas, itu yang keluarga saya akan beri apa sahaja bentuk sokongan kepada Atikah.


“Saya ingat tak akan dapat jumpa wanita seperti ini tapi Alhamdulillah jumpa juga. Tiada siapa pun yang sempurna tetapi pada saya hatinya sangat suci,” tulisnya.


image is not available



Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji keperibadianAtikah yang disifatkan sebagai seorang wanita sempurna.



Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar rumah tangga Lokman dan Atikah kekal hingga akhir hayat.



Untuk info, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.



Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.