
Seorang wanita Orang Asli, Juliana, mendakwa suaminya ditahan polis ketika mempertahankan tanah adat keluarga mereka, menyebabkan beliau berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan rayuan berhubung isu berkenaan.
Dalam luahan yang dikongsikan, Juliana berkata dia tidak tahu lagi tempat untuk mengadu dan nekad untuk hadir ke kediaman Perdana Menteri di Bandar Long, Kajang.
“Saya tak tahu mana lagi nak mengadu. Saya mahu jumpa Datuk Seri Anwar terus ke rumah dekat sini, Bandar Long, Kajang,” katanya.
Juliana mendakwa kira-kira 2,000 Orang Asli sebelum ini berhimpun di Putrajaya pada bulan lalu bagi menyuarakan isu tanah adat mereka, namun mendakwa masih belum menerima sebarang maklum balas.
Menurutnya, keadaan di kawasan berkenaan masih berterusan apabila rumah penduduk didakwa terus dipecahkan, manakala beberapa ahli keluarganya termasuk suami ditahan selepas mempertahankan tanah mereka.
“Sekarang rumah masih dipecahkan. Semalam pun ada. Suami saya ditangkap kerana pertahan tanah adat kami. Gangster usir kami dan tanah kami dikosongkan,” dakwanya.
Juliana turut meluahkan kebimbangan terhadap nasib keluarganya yang mempunyai anak kecil serta berdepan kesukaran kewangan.
“Kami susah, kami tak ada duit. Kami ada anak kecil. Mahu ke mana?” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Juliana mendakwa suaminya dibawa ke Mahkamah Majistret Maran untuk proses reman selepas ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
@zaslin90 Kejam Suami saya kena tangkap sebab pertahan tanah adat orang asli maran yang orang luar ceroboh Zalim
♬ original sound – Juliana – Juliana
Baca juga:
‘Kuala Lumpur rumah kita’ – Hannah Yeoh kecewa Dataran Merdeka dipenuhi sampah
Prihatin nasib Orang Asli Kg Sungai Cot, Tunku Azizah tawar penempatan di tanah baginda
Ketua balai polis direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah hampir RM500
Dia sebelum ini berkata tidak memahami peruntukan undang-undang berkenaan dan mempersoalkan tindakan terhadap suaminya yang menurutnya hanya mahu mempertahankan tanah milik keluarga.
“Mereka buat suami saya macam penjenayah. Suami saya bukan penjenayah. Dia cuma nak pertahankan tanah dia,” katanya.
Juliana turut mendakwa beberapa ahli keluarganya termasuk adik iparnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) serta bapa mentuanya turut ditangkap.
@zaslin90 Perjuangan Juliana dan anaknya Yasmina bermula pagi ini. Pagi ini juga beberapa ahli Keluarga Juliana termasuk suami, dan seorang OKU juga dibawa ke majistret di Maran. Mereka zalim dan Cuba menakutkan. Ini perjuangan tanah adat dan hak orang asli. Kita Mara bersama.
♬ original sound – Juliana – Juliana
Dalam satu lagi luahan yang dikongsikan, Juliana berkata dia bersama anaknya, Yasmina, serta ahli keluarga akan hadir ke kediaman Perdana Menteri pada jam 3 petang hari ini bagi menyampaikan suara masyarakat Orang Asli.
“Saya dan anak, keluarga akan datang ke rumah Datuk Seri Anwar pukul 3 petang hari ini. Saya tunggu,” katanya.
@zaslin90 Saya Sudah hampir sampai. Tak lama lagi, hujan rahmat disini. Saya semangat mahu sampaikan suara orang asli dan pertahan tanah adat kita.
♬ bunyi asal – Azlina Azlina – InaGHaa
Dia kemudian memaklumkan sudah hampir tiba di lokasi sambil menyatakan semangat untuk memperjuangkan isu tanah adat masyarakat Orang Asli.
“Hujan rahmat di sini. Saya semangat mahu sampaikan suara Orang Asli dan pertahankan tanah adat kita,” katanya.
Juliana mendakwa perjuangan itu turut melibatkan anaknya Yasmina, sambil menyifatkan tindakan terhadap keluarganya sebagai cubaan menakutkan mereka.
“Ini perjuangan tanah adat dan hak Orang Asli. Kita mara bersama,” katanya.
The post ‘Suami saya bukan penjenayah!’- Wanita Orang Asli dakwa suami ditahan appeared first on The Reporter.






