“Kalau Nampak Mereka Di SCORE Marathon, Inform Saya” – Wanita Dakwa Suami Curang Ketika Acara Larian

17 Jul 2026 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar memaparkan suaminya bersama seorang wanita ketika menyertai acara larian.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut meminta orang ramai memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak pasangan berkenaan ketika acara tersebut berlangsung.

Gambar lari bersama-sama jadi bukti

Dalam hantaran itu, wanita berkenaan turut memohon maaf kepada jurugambar kerana menggunakan hasil gambar mereka.

Namun, dia pada masa sama berterima kasih kerana gambar tersebut didakwa menjadi bukti kepadanya.

marathon

Dalam hantaran susulan, wanita tersebut meluahkan bahawa perkara itu bukan kali pertama berlaku sehingga dia merasakan dirinya sudah terlalu lama bersabar.

Dia juga mengakui caranya mungkin bukan tindakan yang paling tepat, namun mendakwa dirinya sudah berada pada tahap tidak mampu lagi menahan keadaan tersebut.

Image from: “Kalau Nampak Mereka Di SCORE Marathon, Inform Saya” – Wanita Dakwa Suami Curang Ketika Acara Larian

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang pada awalnya menyangka gambar tersebut menunjukkan pasangan suami isteri yang sama-sama menyertai acara larian.

Baru nak cakap sweetnya husband and wife join run together. Semoga dipermudahkan urusan buat awak ya…

Ada juga netizen yang meninggalkan komen sinis terhadap situasi itu.

Laki ajak run, bini tak mahu. Inilah jadinya. Hahaha.

Hahahahhaa ah sudah orang curang time marathon pulok.

Innocentnya muka belen. Sesuai jadi ustazah tapi terbelen pulak ek euwww dislike.

Walaupun perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi, setakat ini wanita tersebut hanya meminta orang ramai memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak pasangan berkenaan ketika acara larian itu.

The post “Kalau Nampak Mereka Di SCORE Marathon, Inform Saya” – Wanita Dakwa Suami Curang Ketika Acara Larian appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved