Suami serang isteri dipenjara tiga bulan

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 4:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki tanpa dokumen berusia 45 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana menyerang isterinya.

Darwin Kahandak mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas kesalahan itu terhadap isterinya yang berusia 53 tahun pada 26 September lalu, jam 12.30 tengah hari di tangga bersebelahan Terminal Cafe, Inanam.

Kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kuar Gill yang mengemukakan fakta kes memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasangan itu telah bertengkar mengenai masalah kewangan di lokasi kejadian.

Semasa pertengkaran Darwin menampar dan memukul muka isterinya sehingga menyebabkan kemerahan dan lebam pada kedua-dua pipinya.

Dzul Elmy memerintahkan Darwin menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan dan seterusnya dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Dalam satu kes lain seorang lelaki berusia 32 tahun didakwa mencuri dua coklat wafer KitKat.

Samir Kamal mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas kesalahan itu yang didakwa berlaku pada 15 Disember 2024, jam 10.05 pagi di 99 Speedmart, Taman Nelly.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 28 November untuk pengurusan kes pra-bicara dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000.