Suami tetak isteri kerana televisyen dipasang kuat

6 Sep 2026 • 12:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suami tetak isteri kerana televisyen dipasang kuat
Tangkap layar tular mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

KOTA TINGGI – Bunyi televisyen yang dipasang terlalu kuat dipercayai menjadi punca perselisihan faham sebelum seorang isteri ditetak suaminya menggunakan parang di Taman Desa Sejahtera di sini pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 70-an mengalami luka kecil kurang satu sentimeter pada tangan kanannya selepas ditetak suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian membabitkan seorang wanita warga emas tempatan dalam keadaan berdarah akibat ditetak suaminya.

“Susulan maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang juga suami mangsa berusia lingkungan 70-an.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham selepas mangsa memasang televisyen dengan kuat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi dan berada dalam keadaan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,"ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved