Pantai Tanjung Lompat bukan kawasan mandi – ADUN

3 Sep 2026 • 12:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pantai Tanjung Lompat bukan kawasan mandi – ADUN

​KOTA TINGGI – Pantai Tanjung Lompat lokasi kejadian empat remaja lemas bukan kawasan pantai untuk aktiviti mandi-manda sebaliknya merupakan tempat nelayan menangkap ikan.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri menegaskan perkara itu bagi memperbetulkan salah faham berhubung status tempat berkenaan susulan ada yang mempertikaikan tiada pemasangan tanda amaran di kawasan tersebut.

​”Inilah kawasan untuk bot, nelayan untuk aktiviti tangkap ikan. Tetapi oleh kerana tidak ada kawalan ataupun amaran untuk tidak membuat aktiviti memandi-mandi di sini, ramai orang awam yang beriadah di sini, tetapi di sini memang tidak dibenarkan untuk mandi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pantai Tanjung Lompat hari ini.

​Fauziah turut menzahirkan rasa duka cita dan takziah atas berita tiga mangsa yang masih belum ditemui serta mengakui amat terkejut dengan kejadian meragut nyawa yang pertama kali berlaku di situ.

Dalam pada itu seramai tujuh pelajar tahfiz daripada Madrasatul Quran Ar-Redha mengambil inisiatif melaungkan azan dan membuat solat hajat di pantai berkenaan hari ini sebagai ikhtiar bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua. – KOSMO! ONLINE

The post Pantai Tanjung Lompat bukan kawasan mandi – ADUN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved