Suami wanita maut tercampak dari van ditahan, positif dadah & akui bertengkar

LocalPolitics
8 May 2025 • 1:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Polis mengesahkan pihaknya telah menahan suami kepada wanita yang maut selepas tercampak dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, kelmarin.

Suspek berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang di sekitar Bandar Kinrara, tidak lama selepas kejadian dilaporkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara pasangan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Berdasarkan pengakuan awal dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Pihak polis telah memohon perintah reman terhadap suspek dan fokus siasatan adalah untuk mengetahui sama ada mangsa ditolak keluar dari kenderaan atau terjun dengan sendiri.

Pasangan itu difahamkan sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif tiga jenis dadah iaitu methamphetamine, amphetamine dan benzo. Suspek juga mendakwa isterinya turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Terdahulu, media melaporkan seorang pengguna jalan raya melihat seorang wanita tercampak keluar dari sebuah van sebelum van tersebut memecut meninggalkan lokasi kejadian pada jam 2.35 petang kelmarin. Mangsa berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved