“Suara dia memang tak sedap” – Ibu Aliff Syukri Minta Maaf Susulan MV Lagu Raya Anaknya

Entertainment
3 Apr 2023 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari lepas apabila usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri mengeluarkan teaser music video (MV) lagu rayanya yang mengundang kecaman ramai kerana pemakaian baju Melayu yang ketat.

Terbaru, ibunya Rozita Ibrahim yang mesra disapa Bonda Rozita mengeluarkan kenyataan berkenaan isu MV anaknya itu.

@ibondarozitaibrahim

Kami faham , org luar xfaham .!! maafkan anak sy netizen @Dherbs Terlajak Laris Semoga Allah jaga kri ida anak2 ..!! hapy besday – viral ke berel ..

♬ original sound – Bonda Rozita Ibrahim – Bonda Rozita Ibrahim

Menerusi laman TikTok miliknya, Bonda Rozita mengakui anaknya itu tidak mempunyai bakat dalam nyanyian malah mereka sekeluarga sudah lali dengan perangainya itu.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, setiap kali raya mesti dia (Aliff) buat lagu, kami pun dah kebal dengan perangai dia.

Suara dia memang tak sedap tapi kerana dia ada confident tu, tak tahu dapat dari mana. Boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat,” katanya.

Dalam video yang sama, Bonda Rozita menegaskan dia sudahpun memarahi anaknya itu dan menunjukkan bukti tersebut.

Namun, Aliff dilihat masih berseloroh memberitahu dia dapat banyak tawaran membuat persembahan sehinggakan dia terpaksa menolak.

Pun begitu, Bonda Rozita sekali lagi meminta maaf kepada netizen dan mendoakan agar anaknya serta keluarga dirahmati Allah SWT.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.