Suasana di kediaman Najib di Langgak Duta lengang

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suasana di kediaman Najib di Langgak Duta lengang
Keadaan di halaman rumah bekas Pardana Menteri di Jalan Langgak Duta
Image from: Suasana di kediaman Najib di Langgak Duta lengang
Keadaan di sekitar kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta dilihat tenang tanpa kehadiran orang ramai

KUALA LUMPUR - Suasana di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta di sini, dilihat lengang setakat ini dengan hanya sekumpulan pengamal media berkumpul bagi mengikuti perkembangan terbaharu membabitkan beliau.

Keadaan di sekitar kediaman itu dilihat tenang tanpa kehadiran orang ramai, manakala pengamal media masih menunggu sebarang perkembangan lanjut berhubung kemungkinan Najib dibawa pulang ke kediaman berkenaan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Sebelum ini, kediaman berkenaan menjadi tumpuan susulan perkembangan mengenai kemungkinan pembebasan Najib dari Penjara Kajang selepas beliau dilaporkan telah menjelaskan denda RM50 juta seperti ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah berkenaan.

Perkembangan terbaharu menyusul apabila Istana Negara menerusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan tafsiran.

**media[3703181]**

Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat

Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi

Titah itu turut menjelaskan bahawa pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan menetapkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

Menurut titah itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi dan sebarang hujah yang mempertikaikannya menjurus kepada keingkaran terhadap perintah Yang di-Pertuan Agong.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved