Kerajaan MADANI telah mengumumkan peluasan perlindungan subsidi bil elektrik dengan menaikkan had kelayakan penggunaan domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800 kWj sebulan.
Langkah segera ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa untuk penggunaan elektrik bermula September sehingga 31 Disember 2026.
Inisiatif ini dijangka memberi kelegaan besar kepada jutaan isi rumah, terutamanya golongan berkeluarga yang terkesan dengan lonjakan bil elektrik kebelakangan ini.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai Subsidi Elektrik yang dinaikkan baru-baru ini di bawah.
Mengapa Had Perlindungan Subsidi Elektrik Dinaikkan?
Menurut kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, keputusan ini diambil bagi menangani tekanan kos sara hidup semasa.
Fenomena cuaca panas melampau dan masalah jerebu yang melanda negara baru-baru ini telah memaksa rakyat menggunakan peralatan elektrik seperti pendingin hawa (aircond) dengan lebih kerap dan lama.
Peningkatan drastik ini menyebabkan penggunaan elektrik bulanan majoriti rumah melonjak melebihi paras had subsidi lama (600 kWj), sekali gus mengakibatkan bil elektrik melambung tinggi secara mendadak.
Kadar Kenaikan
Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos luar jangka ini, Kerajaan MADANI meluaskan payung subsidi bagi menyerap kos tambahan tersebut dengan menaikkan had kelayakan penggunaan domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800 kWj sebulan.
Tiada sebarang borang atau permohonan dalam talian yang perlu diisi. Sistem pengecualian dan pelarasan subsidi ini akan dikemas kini secara automatik oleh pihak TNB ke dalam bil elektrik bulanan anda bermula kitaran bil September sehingga Disember 2026.

Apakah Pengecualian yang Dinikmati Pengguna di Bawah 800 kWj?
Di bawah struktur subsidi baharu yang diperluaskan ini, semua pengguna domestik yang mencatatkan penggunaan elektrik bulanan sehingga 800 kWj akan dilindungi sepenuhnya.
Mereka akan menikmati pengecualian daripada:
- Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA) – Mekanisme yang melaraskan kos penjanaan elektrik berdasarkan harga bahan api global.
- Caj Peruncitan – Struktur kos operasi yang biasanya dikenakan mengikut blok tarif.
- Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) – Tiada cukai perkhidmatan dikenakan bagi blok penggunaan ini dalam tempoh tersebut.
Ini bermakna, jika penggunaan elektrik rumah anda berada di bawah paras 800 kWj, anda hanya perlu membayar kadar tarif asas tanpa sebarang caj tambahan di atas.
Tempoh Subsidi Elektrik
Tempoh pelaksanaan penambahbaikan subsidi bil elektrik yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah berkuat kuasa untuk penggunaan elektrik bermula September sehingga 31 Disember 2026.
Sepanjang tempoh 4 bulan ini, pengguna domestik yang mencatatkan penggunaan sehingga 800 kWj sebulan akan dikecualikan daripada caj Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), caj peruncitan, serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Tips Memastikan Penggunaan Elektrik Kekal di Bawah 800 kWj
Walaupun had subsidi telah dinaikkan, pengguna dinasihatkan untuk terus mengamalkan kecekapan tenaga bagi memastikan penggunaan bulanan tidak melebihi 800 kWj.
Berikut adalah beberapa tips mudah:
- Tetapkan Suhu Aircond Optimum: Pastikan suhu pendingin hawa rumah anda ditetapkan antara 24°C hingga 26°C. Ini adalah suhu yang selesa dan paling menjimatkan tenaga.
- Gunakan Pemasa (Timer): Setkan pemasa pada aircond supaya ia terpadu secara automatik pada waktu awal pagi (contohnya jam 4.00 pagi) apabila cuaca mula sejuk.
- Pilih Peralatan Cekap Tenaga: Tukar kepada barangan elektrik yang mempunyai label 5 Bintang daripada Suruhanjaya Tenaga untuk penjimatan jangka masa panjang.
- Tutup Suis Utama: Sentiasa matikan suis utama bagi peralatan yang tidak digunakan dan elakkan membiarkannya dalam mod sedia (standby mode).
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Subsidi Elektrik Dinaikkan
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai subsidi elektrik, sila rujuk:
Adakah saya perlu mendaftar atau memohon secara online untuk mendapatkan subsidi ini?Tidak perlu. Subsidi ini dilaksanakan secara automatik. Tiada sebarang borang permohonan yang perlu diisi sama ada di portal TNB atau agensi kerajaan. Pengecualian caj AFA, SST, dan caj peruncitan akan dikira secara langsung di dalam bil bulanan anda oleh sistem TNB bermula kitaran bil September 2026.
Adakah pengguna kad meter prabayar TNB (Meter Pintar/Smart Meter) juga layak?Ya, layak. Semua pengguna akaun domestik (Tarif A) tanpa mengira jenis meter, sama ada meter digital konvensional mahupun Smart Meter – adalah layak menerima manfaat ini asalkan purata penggunaan dalam tempoh bil bulanan tidak melebihi 800 kWj.
Pengumuman ini menyebut tempoh sehingga 31 Disember 2026. Apakah yang akan berlaku selepas tarikh itu?Insentif ini diformulasikan sebagai langkah intervensi jangka pendek bagi menghadapi impak perubahan cuaca panas luar biasa dan jerebu. Menjelang Januari 2027, struktur tarif dan kaedah pelepasan kos bahan api akan disemak semula berdasarkan pemantauan harga pasaran tenaga global oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga.
Bagaimana saya boleh tahu sama ada bil bulanan saya sudah menerima subsidi ini atau belum?Anda boleh menyemak perincian tersebut secara terus pada bil fizikal TNB anda atau melalui aplikasi myTNB.





