Subsidi Petrol: Orang Ramai Diminta Periksa, Ganti Cip MyKad Jika Rosak

LocalPersonal Finance
20 Sep 2025 • 8:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1.99 seliter.

Menurut kenyataan media, hanya pemegang MyKad layak mendapatkan harga subsidi tersebut.

image is not available

Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok.

Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama.

Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini.

Difahamkan, jika cip MyKad bermasalah, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggantikannya sepantas 30 minit.

Dalam pada itu, tular sebuah klip video yang menunjukkan panduan pembelian petrol RON95 subsidi bersasar yang dijadual dilaksanakan pada hujung bulan ini. Menerusi penerangan tersebut, kaedahnya hampir sama seperti menebus bantuan SARA.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-20 11:13:43

Inkues Zara Qairina : "Dia Siap Buat Isyarat 'Peace' Lagi Dalam Gambar" - Warden Nafi Suspek Remaja 'A' Hadapi Trauma