MySubsidi KPDN – Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)

LocalPolitics
20 Sep 2025 • 12:11 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Dalam pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan kelak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membangunkan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi mengawal selia penyaluran subsidi untuk kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan. Penggunaan Fleet Card akan meningkatkan kecekapan kawal selia pemberian subsidi dan mengurangkan risiko ketirisan serta penyeludupan bahan api. Permohonan pendaftaran kenderaan akan dibuka mulai 15 September 2025 pagi melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my atau dengan mengimbas Kod QR.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKPS, cara pendaftaran dan semakan status.

Pengenalan SKPS

Subsidi diesel telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2002 pada 19 Oktober 2001. Subsidi ini diberikan kepada pengangkutan darat yang dilesenkan oleh SPAD atau LPKP melalui pembelian di stesen minyak, atau pun mendapat bekalan terus dari syarikat-syarikat minyak untuk disimpan dalam skid tank yang diluluskan oleh KPDN bagi kegunaan sendiri.

Namun demikian, jentera dan kenderaan-kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti Lapangan Terbang, Perlabuhan, tapak/premis pembinaan, kawasan kilang, dan kawasan pembalakan tidak layak mendapat bekalan diesel bersubsidi.

image is not available

Baca juga: Subsidi Petrol RON95 Guna MyKad, Pastikan Cip Berfungsi

Syarat Kelayakan SKPS

Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Petrol dan Subsidi Diesel

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
  2. Kenderaan yang layak memohon petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. Runner‘ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
  5. Permohonan Baru/Pertukaran Syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web: mysubsidi.kpdn.gov.my
image is not available

Pendaftaran Kenderaan Di Bawah SKPS

Mulai 15 September 2025, syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kategori Kenderaan Yang Layak :

Sektor Pengangkutan Darat Awam

  1. Teksi
  2. Kereta Sewa
  3. Bas Sekolah
  4. Van Mayat
  5. Ambulans
  6. Bomba
  7. Bas Pengantara
  8. Bas Berhenti-henti
  9. Bas Mini

Sektor Pengangkutan Darat Barangan

  1. Lori Kargo Am
  2. Semi Panel Van
  3. Lori Luton/Kotak
  4. Panel Van
  5. Window Van
  6. Lori Food Catering
  7. Lori Rigid – Refrigerated
  8. Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
  9. Van Rigid – Perkhidmatan Bergerak
  10. Lori Rigid – Kandang Haiwan
  11. Van Food – Catering
  12. Lori Rigid – Hasil Pertanian

Senarai jenis kenderaan yang layak adalah tertakluk kepada pindaan atau keputusan Kerajaan dari semasa ke semasa.

image is not available
image is not available

Pendaftaran perlu dilakukan mengikut kategori pemilikan kenderaan yang layak di bawah SKPS seperti berikut:

(i) Pemilikan Tunggal – kenderaan didaftarkan di bawah nombor kad pengenalan pemilik;

image is not available

(ii) Syarikat – kenderaan didaftarkan di bawah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau

image is not available

(iii) Koperasi/PBT – kenderaan yang didaftarkan di bawah Koperasi atau syarikat yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

image is not available

Syarikat boleh memohon secara atas talian menerusi Sistem MySubsidi (Modul Petrol) di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Penggunaan Fleet Card

Pembelian petrol bersubsidi RON95 oleh syarikat pengangkutan darat awam dan barangan akan dilaksanakan melalui kaedah pengurusan Fleet Card. Penggunaan Fleet Card akan meningkatkan kecekapan kawal selia pemberian subsidi dan mengurangkan risiko ketirisan serta penyeludupan bahan api.

Syarikat pengangkutan yang telah berjaya mendaftar dalam SKPS perlu segera memohon Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan bersama dokumen Surat Kelulusan dan Senarai Kenderaan yang boleh dicetak daripada SKPS.

Syarikat dibenarkan untuk memilih sehingga maksiumum 3 syarikat minyak untuk permohonan Fleet Card daripada pilihan berikut:

  1. PETRONAS : 1-300-88-8282
  2. SHELL : 1-300-22-8181
  3. PETRON : 1-800-88-8298
  4. CALTEX : 1-800-88-3168
  5. BHP : 03-7719 9499
  6. FIVE : 03-2391 1555
image is not available

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan melalui emel mysubsidi@kpdn.gov.my

Pertanyaan juga boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan SKPS bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja di talian 03-8882 5893/ 5894/ 5923/ 6667.

image is not available
Apakah itu SKPS?

SKPS ialah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi, inisiatif kerajaan melalui KPDN yang membolehkan syarikat pengangkutan (kenderaan awam / barang) mendapat subsidi petrol secara terkawal menggunakan Fleet Card.

Siapa yang layak mohon?

Syarikat pengangkutan yang memiliki kenderaan yang tersenarai dalam jenis kenderaan awam atau barang yang diluluskan. Kenderaan mesti mempunyai cukai jalan yang sah, maklumat syarikat & wakil yang lengkap, dan syarikat memilih jenama minyak yang tersedia.

Bila permohonan SKPS / Fleet Card bermula?

Permohonan dan pendaftaran boleh mula dibuat mulai 15 September 2025.image is not available

Apa maklumat yang diperlukan untuk permohonan SKPS?

-Butiran syarikat (nama, SSM, alamat, wakil)
-Maklumat wakil syarikat
-Pilihan jenama syarikat minyak (antara PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHP atau FIVE)
-Senarai kenderaan yang hendak didaftarkan di bawah subsidi.

Berapa lama tempoh sah laku subsidi selepas kelulusan?

Kelulusan subsidi petrol adalah bergantung kepada tempoh sah laku cukai jalan kenderaan. Cukai jalan perlu dikemaskini sebelum 28 haribulan setiap bulan dan pembaharuan harus melangkaui bulan berikutnya untuk terus menerima subsidi.

Bagaimana cara mohon Fleet Card selepas SKPS diluluskan?

Setelah mendapat kelulusan SKPS, pemohon perlu serahkan dua dokumen ke syarikat minyak pilihan:
-Surat Kelayakan Membeli Petrol Bersubsidi
-Senarai Kenderaan yang diluluskan image is not available

Berapa lama proses Fleet Card akan siap?

Syarikat minyak memerlukan sehingga 14 hari bekerja untuk proses permohonan Fleet Card setelah permohonan lengkap dikemukakan.

Berapa jenama minyak yang boleh dipilih?

Syarikat boleh memilih maksimum tiga (3) jenama syarikat minyak semasa memohon dalam Modul Petrol di MySubsidi. Jenama yang tersedia ialah PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHP atau FIVE.image is not available

Apa yang berlaku jika Fleet Card hilang atau rosak?

Jika rosak, sila hubungi syarikat minyak untuk proses penukaran.
Jika hilang, perlu buat laporan polis dan maklumkan syarikat minyak pilihan supaya kad boleh dibatalkan / diganti.

Bolehkah syarikat tukar jenama Fleet Card dalam setahun?

Ya — syarikat boleh memohon pertukaran jenama syarikat minyak dalam sistem MySubsidi, tapi pertukaran jenama masih tertakluk kepada kelulusan dari syarikat minyak tersebut.

Apakah jenis kenderaan yang layak di bawah SKPS?

Antara jenis kenderaan yang layak termasuk lori kargo am, semi panel van, lori luton/kotak, panel van, van perkhidmatan bergerak, lori kandang haiwan, van food catering, dan lain-lain.image is not availableimage is not available

Apa yang perlu dilakukan jika nombor pendaftaran perniagaan / maklumat JPJ tidak sama dalam sistem MySubsidi?

Pengguna perlu kemaskini maklumat tersebut supaya selari antara dokumen rasmi seperti geran, JPJ, dan sistem MySubsidi.